Saturday, October 16, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-5

Hari isnin masuk sahaja aku ke pejabat telah di sambut oleh Kak Hani."Pengantin baru awal masuk pejabat?Tak pergi honeymoon ke?"sapa Kak Hani."Eh belum lagi,lagi pun Na'am busy,Johan pun dah start kerja today."balas ku sambil memeluk kak Hani.

Di masa yang sama di bangunan Gemilang Holdings nan tersergam indah di tengah-tengah ibu kota,Johan sedang sibuk memeriksa satu-satu fail yang perlu dia tanda tangani.Aleysha masuk kedalam pejabat itu dengan memakai kemeja sendat dan skrit paras peha.Ramai mata tertacap pada Aleysha.Aleysha terus masuk ke bilik Johan tanpa kebenaran."Morning sayang,i lambat ke?"sapa Aleysha dengan nada manja."Ouh Ally,next time ketuk pintu dulu boleh?Manalah tahu lain kali i ada client yang sedang berbincang,remember this is office not my house so you kena jaga perangai you,"Johan memberi amaran."Alah you ni joe,janganlah garang sangat,hmm it's okay lagi garang lagi bagus.I suka garang-garang ni advanture sikit."Aleysha cuba mengoda Johan.

"Oklah jom i tunjuk you mana tempat you."jawab Johan acuh tak acuh.Aleysha membuntuti Johan.Meja Aleysha berhadapan dengan bilik Johan.Setelah memperkenalkan Aleysha dengan semua kakitangan Johan segera memberi tugas pertama untuk Aleysha. "You call Na'am cakap dengan dia,i nak lunch dengan dia today."arah Johan dan terus masuk kedalam biliknya.'Ish mamat ni first day dah kena call minah murah tu,'rungut Aleysha perlahan."Welcome Aleysha."sapa Faizal."Oh thanks,By the way,Johan tak perkenalkan i dengan you pun tadi?"balas Aleysha tapi masih memandang kearah screen komputer dihadapannya. "I'm faizal,pegawai pemasaran and Johan's bestfriend."Faizal cuba beramah mesra."Ohh okay,I'm Aleysha,ex-girlfriend Johan."balas Aleysha dan bangun dan berlalu ke bilik Johan.

Aleysha mengetuk pintu perlahan-lahan,"Masuk."suara Johan kedengaran. "Joe,i dah try call Na'am tak dapat."bohong Aleysha. "Joe,hari ni lunch dengan aku okay?Aku dah call Na'am dia kata on je."tiba-tiba Faizal masuk dan menyapa Johan dari belakang. Aleysha memandang Faizal dan mencebik muka."Huh?Faizal call dapat why you call tak dapat?"johan bingung."Alah maybe masa Ally try nak call Na'am aku tengah on the phone dengan Na'am kot."Faizal bersuara menyelamatkan Aleysha tanpa di minta."Okay then,Ally you boleh keluar sekarang.Anything just inform me using phone alright."arah Johan.Aleysha akur dan keluar dari bilik itu.

Waktu makan siang,Johan,Faizal dan Na'am telah mengambil keputusan untuk makan di restoran berdekatan dengan pejabat Na'am.Macam-macam yang dibualkan sehinggalah topik Aleysha terbuka oleh Faizal."Eh,baru aku ingat tadi,Ally perkenalkan diri dia as you ex-girlfriend.Betul ke?"tanya Faizal dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.Muka Faizal yang comel seperti penyanyi singapura Faizal Isa itu terus berubah menjadi serius."Hah,kau dengar jelah apa yang si Ally tu mengarut semua orang dia cakap macam tu,sampai mem sebelah kita ni merajuk tahu dengan mulut si Ally tu."Jelas Johan dan ada keluhan di akhir ayat."Eh,mana ada Na'am cemburu.Na'am tahu Ally tak serius."dalih Na'am.Faizal cuma tersenyum melihat gelagat suami isteri ini.

"Sayang balik nanti abang ambil okay,take care love you."ujar Johan sebelum Na'am turun dari kereta.Na'am mengucup tangan suaminya dengan penuh rasa hormat.Kereta CLK Johan muluncur laju pulang ke Gemilang Holdings.Masih banyak lagi kerja yang perlu di siapkan.Setelah tiba di pejabat Johan banyak menumpukan perhatian pada kerja sehinggalah 5.30 petang,Johan bersiap sedia untuk menjemput Na'am."Joe Ally tumpang Joe boleh?"Ally meminta tolong Johan."You tak drive ke?"balas Johan dengan suara yang tidak selesa."Kereta i roadtag matilah.Today je please."Rayu Aleysha dengan suara manja."Hmm okay hantar you balik rumah you kan?Dekat ampang?"tanya Johan kurang pasti.Aleysha mengangguk."Ouh,tapi i nak jemput Na'am dulu bolehkan?"tanya JOhan."Hmm okay."balas Ally seaakan hilang mood.

Eee,manalah dia ni.Penat dah aku menunggu kata pukul 6 ni dah pukul 6.30 dah.Manalah suami aku pergi ni.Dari jauh kelihatan kereta CKL suami ku.Kereta itu berhenti betul betul di sebelah ku.Aku membuka pintu depan kereta tersentak aku apabila melihat Aleysha duduk di kerusi hadapan di sebelah pemandu."Sayang,duduk belakanglah okay,kita hantar Ally then kita gerak balik."jelas Johan dengan suara yang penuh dengan kesalan.

cinta tak bersyarat(part 2)-4

Di dalam kereta,aku banyak mendiamkan diri."Kenapa you asyik berdiamkan diri je ni sayang?"suara Johan memecahkan sunyi diantara kami berdua."Ohh,i cuma berfikir kenapa tak inform i yang abang dah belikan rumah untuk kita tinggal?"soalan itu terpancul jua dari mulut ku. "Abang ingat nak buat surprise,sayang marah abang ke?"Johan mengelabah menjawab soalan ku."Tak lah,I just nak abang tahu apa-apa lepas ni abang kena bagi tahu Na'am nanti tak lah Na'am jadi blur bila orang tanya."balas ku sambil tersenyum.Kami sampai di pasaraya Tesco,Ampang.

Menurut Johan,rumah kami terletak di Desa Pandan.Aku tidak sabar mahu berpindah ke sana dan memulakan kerja aku.Aku sangat rindu Kak Hanim,Encik Hariss dan semua rakan kerja ku.Johan menerima dengan baik yang aku tidak mahu menjadi setiausahanya.Mahu tidak mahu terpaksalah dia mengambil Aleysha sebagai setiausahanya.Aku percayakan Johan.

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam pasaraya itu.Johan menolak troli perlahan-lahan,aku pula memilih makanan segara,makanan basah untuk di bawa ke rumah baru kami."Abang,bila agaknya kita boleh pindah ke rumah baru?"tanya ku sambil memilih sayur-sayur segar."Hmm,esok dah boleh sayang.Rumah bersih dah cuma masuk bawa beg pakaian.Isnin abang dah start kerja,Na'am pun kan?"balas Johan. "Yelah abang,Encik Hariss tu dia perlukan sangat Na'am katanya Na'am dah cuti seminggu dah macam tonggang langgang dah."kataku sambil tertawa kecil.

Setelah siap membeli barang dapur,Johan bercadang ingin menghantar semua barangan basah ke rumah kami untuk dimuatkan didalam peti ais.Dari lebuhraya MRR2 kami terus meluncur laju ke Desa Pandan.Kondominium Mutiara Upper East menjadi pilihan hati Johan.Rumah kami di tingkat 5.Aku masuk ke dalam rumah,menitik air mataku."Sayang maaflah ini je yang abang mampu hiaskan dan siapkan untuk kedatangan isteri abang ni."Johan menjelaskan semua."Abang ni sudah cukup untuk menjalani hidup sebagai suami isteri abang.Kita cuma perlu campurkan dengan kasih sayang dan kepercayaan."balas ku sambil mengucup tangan suami ku tanda terima kasih kerana telah membuatkan aku bahagia dan sangat memahami ku.Aku mengorak langkah ke bilik tidur kami.

Sekali lagi hati ku terharu,kelengkapan kamar sudah siap sedia cuma tinggal ku bawa barangan ku ke sini.Tidak sabar rasanya ingin memulakan hari baru bersama dia yang bergelar suami.Setelah kami simpan barangan basah,kami terus mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Umi kerana banyak benda yang kami ingin kemaskan untuk berpindah esok.

Sampai sahaja di rumah umi dan walid ,aku dan johan masuk beriringan dengan senyuman yang sangat lebar."Sukanya dia,best shopping?"ujar Juliana."Best Ju tapi penatlah sayang.Esok Abang Lang cakap kitaorang boleh pindah kerumah baru.Nanti Ju free Ju datanglah lepak-lepak.Mesti kakak boring abang lang tu sure busy even sabtu ahad."kataku sambil mengerling ke arah suami ku yang sedang duduk di hadapan ku dan melepaskan lelah."Mestilah Ju orang pertama sampai,kacau korang berdua."ujar Juliana sambil ketawa kecil."Dah dah pergi siap-siap esok nak pindahkan,nanti tak tidur pula kamu berdua malam ni."Umi teriak dari dapur.

Malam itu aku dan Johan berkemas,banyak juga barang Johan yang telah dia pindahkan sedikit-sedikit ke rumah baru kami.Aku melihat gerak geri Johan,dia memang seorang yang teratur.Aku bersyukur kerana tuhan memberi aku seorang suami yang sangat pembersih.Pernah juga aku terfikir mempunyai suami yang tangkap muat sahaja,alhamdulillah tuhan kirimkan aku dia.

"Oit,berangan pula sayang ni,kemas baju pun boleh berangan."Johan memitik jarinya di depan mataku,serta merta aku tersedar dari mengelamun."Alah abang ni,berangankan percuma,"balas ku sambil tersenyum."sayang dah dah,dah habis berkemas kan?Jom kita beradu,kanda dah letih ni.Tolong urutkan kanda dinda."usik Johan sambil melabuhkan punggung ke atas katil."Abang ni sengaja tau."balas ku sambil mengurut bahu Johan."Alah lemahnya sayang abang ni,ni yang kena abang beli ayam hari-hari bagi sihat sikit baru hari-hari boleh urut abang."Kata Johan.

Kami akhirnya tidur dalam keadaan kepenatan dan hatiku tidak sabar mahu berpindah esok.Esok aku akan bermulalah hidup baruku sebagai seorang isteri.

cinta tak bersyarat(part 2)-3

Kami sampai di ruang makan,rupanya Datin Shahrifah Nadia dan Aleysha telah tiba.Aleysha terus mencebek mukanya apabila melihat aku."Morning pengantin baru,lambat bangun Johan?"tegur Abang Long ataupun Sheikh Daniel."Alah along sekali-sekala."balas Johan sambil menarik kerusi untuk aku duduk.Aku duduk berhadapan Aleysha."Ohh,Johan i nak sangat tanyan soalan ni tapi tak ada kesempatan nak tanya pulak.Macam mana you boleh suka dengan Na'am?"tiba-tiba Aleysha mencelah."Sejak kereta i tercium kereta dia,dan Na'am marah i.Sejak tu hati i dah terpaut."jelas Johan sambil meramas-ramas tanganku.AKu tertunduk malu."Ishh alang ni kan malu Kak Na'a tahu tak.Jom makanlah melayan alang ni sampai esok kita tak makan."ujar Juliana menyelamatkan keadaan.

"Johan hari ni apa plan kamu berdua?"tanya Dato Hanafi tiba-tiba."Johan ingat nak ajak Na'am pergi beli barang dapur sikit untuk rumah kami.Perabot semua Johan dan selesaikan cuma barang dapur Johan tak beli lagi."Jelas Johan.Aku terkesima,Johan dan beli rumah untuk kami berdua?Aku memandang Johan mencari jawapan."Wah,untunglah you Na'am,kahwin-kahwin terus dah ada rumah siap dengan perabot lagi.Masuk cuci kaki jelah kan."Aleysha bersuara seperti tidak puas hati."Yelah kak Safiah,untung Na'am,tapi Na'am ingat orang dah bagi betis jangan nakkan peha pula."aku terpukul dengan kata-kata Datin Shahrifah Nadia.Semua mata tertumpu kepada beliau.

"Ehh Dia,Johan yang beria-ia nak belikan Na'am rumah.Na'am pun tak tahu,betulkan Na'am?"kata umi menyebelahi ku."Tak delah kak Fiah,Dia cuma cakap je."balas Datin Shahrifah Nadia sambil mengeling kearah ku."Uncle ada tak jawatan kosong dekat Gemilang Holdings?Aleysha ingat nak kerja dekat situ jelah."Kata Aleysha."Hmm nanti uncle serahkan semua dekat Johan Aleysha tanya je Johan.Aleysha ambil architet kan?"ujar Dato Sheikh Hanafi.Aleysha mengangguk."Na'am tak nak berpindah ke Gemilang Holdings?Lagi pun kami masih perlukan setiausaha baru untuk Johan.Kerana setiausahanya,Mira telah meletakkan jawatan."Dato Hanafi memberiku peluang. "Aleysha boleh jadi setiausaha tu uncle,If uncle don't mind."belum sempat aku bersetuju aleysha telah terlebih dahulu menyerah diri. "hmm uncle serahkan semua dekat Johan okay aleysha biar dia buat keputusan."balas Dato Sheikh Hanafi tegas.



Setelah sarapan,aku menolong Mak Liah di dapur bersama umi,Datin Shahrifah Nadia dan Aleysha lebih senang di ruang tamu bersembang dengan along dan kak ngah."Na'am jangan terasalah dengan ada Cik Dia cakap tadi tu,mulut dia memang main lepas je cakap."pujuk Umi."Ehh ibu Na'am tak terasa pun."dalih ku sambil tersenyum.Setelah siap berkemas di dapur,aku dan umi bergerak ke ruang tamu.Mata ku terus tertumpu pada suami ku yang duduk bersebelahan dengan Aleysha.Aku juga memandang ke Aleysha dia tersenyum bangga apabila muka ku berubah melihat keadaan itu.

"Hah Jo cakap nak bawa Na'am pergi beli barang dapur pergilah,nanti dah tengah hari sangat."sergah Umi tiba-tiba.Aku tahu umi juga tidak senang dengan kelakuan Aleysha. "Johan Ally ikut boleh tak?"ujar Aleysha tiba-tiba tanpa rasa segan silu."Ehh biarkan mereka dating berdualah Ally,jom kita sembang-sembang.Dah lamakan kita tak sembang-sembang."kak ngah menyelamatkan keadaan.Aku tersenyum dan kak ngah mengeyit mata kepada ku.Johan terus menarik tangan ku dan bergerak naik ke bilik.




Friday, October 15, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-2

Johan menguak pintu kamar perlahan-lahan,bau aroma terapi dan mawar putih menusuk ke dalam hidung."Assalamualaikum sayang."ujar Johan."Waalaikumussalam,eh abang.Pergi mandilah dah macam laksamana hang tuah yang dah tak mandi 10 tahun dah gayanya."rugut ku.Johan tersenyum dan jalan mendekatiku.Apalah yang dia fikirkan ni.Aku kurang selesa dengan pergerakkannya.Matanya tepat memandangku.Aku melangkah kebelakang setapak."Abang pergi mandi dulu ok.Cepat bau dah macam kambing."tekan ku lagi.

Johan semakin mendekat,akhirnya aku tersandar ke dinding,sekarang yang memisahkan aku dengan Johan cuma satu langkah.Johan mendekatkan mukanya kepadaku,"Abang nak ambil towel jelah."usik johan sambil mencapai tuala di tempat penyidai di sebelahku.Johan masuk ke dalam bilik mandi dengan ketawa.

Setelah hampir 20 minit di dalam bilik mandi Johan keluar dengan bertuala sahaja di badan.Kerana tidak biasa dengan keadaan itu aku dengan secara automatiknya aku menutup mataku. "Dengan suami sendiri pun nak malu ya sayang."ujar Johan perlahan-lahan. "Malulah mana pernah Na'am tengok lelaki dalam keadaan macam ni."balas ku."Alah,kena biasakanlah."usik JOhan lagi. "Abang cepatlah pakai baju tu."rungut ku. "Yelah yelah,dah dah bukak mata tu,abang dah lama pakai seluar ni.Sayang je masih tutup mata."kata Johan sambil mengusap-usap pipi ku.

Malam itu merangkak dengan rahsianya sendiri.

Esok paginya,aku terjaga setelah mendengar azan subuh berkumandang.Aku lihat Johan di sebelah masik nyenyak tidur.Aku amati wajah suami ku itu.Muka putih,matanya yang sepet sedikit seperti pelakon drama korea Kim Hyun Jung,bibirnya kemerah-merahan dan lesung pipitnya itu membuat ku tertawan.Aku mengucup dahi suami ku dan terus mandi dan solat subuh.Setelah selesai solat subuh aku terus turun ke bawah.

Di dapur Mak Liah kelihatan sibuk menyediakan sarapan pagi untuk kami semua."Mak liah,ada yang Na'am bantu?"sapa ku."Eh,pengantin baru.Inai masih merah tak payah tolong apa-apa."usik Mak Liah.Aku tersenyum.Memang tidak ku nafikan keluarga Dato Sheikh Hanafi ini sangat baik dan menerimaku apa adanya."Banyak masak hari ni Mak Liah?"tanya ku cuba beramah mesra dengan pembantu rumah itu. "Hari ni semua anak Dato hari ini ada dekat rumah ni.Kejap lagi Datin Shahrifah Nadia datang dengan Aleysha."jelas Mak Liah.Mendengar nama Aleysha terus mood ku hilang buat seketika.

"Selamat pagi semua.Menantu umi pun ada?"tiba-tiba Datin Safiah datang dari ruang tamu."Selamat pagi umi."segera aku mencapai tangan umi dan mengucup tanda hormat."Mak liah masak macam apa yang saya pesan?"tanya Datin Safiah."Sudah Datin,cuma nak bawa ke ruang makan je."jelas mak liah lagi."Mari Na'am tolong."ujar ku ,sambil mengangkat dulang mee hun.Di ruang tamu,anak-anak buah ku senang berlari kesana kemari."Mak lang mak lang."teriak Sheikh Naim. "Ye sayang,nak apa?"balas ku sebelum aku naik ke bilik untuk mengejut suami ku untuk bangun."Naim laparlah breakfast dah ready?"rungut si kecil berusia 7 tahun itu."Sudah sayang,dah jangan kacau mak lang."kata Kak Ngah atau Shahrifah Sofea kakak kepada Johan.Aku tersenyum sambil berlalu naik ke atas untuk memanggil Johan.

Aku membuka pintu perlahan-lahan,kedengaran Johan sedang mandi.Bangun juga suamiku.Aku menyediakan pakaian untuk Johan dan meletakkannya di atas katil sementara itu aku mengemas katil.Johan keluar dari bilik mandi dan terus mendapatkan aku.Dia memelukku dari belakang."Good morning love,kenapa tinggal i sorang-sorang?best sangat ke join umi dekat bawah tu?"rajuk Johan."Abang ni,kan Na'am dah jadi menantu dalam rumah ni.Na'am still kena jalankan tugas sebagai menantu,walaupun tak tolong sedikit sebanyak sikit-sikit tu Na'am masih bisa tolong."jelas ku panjang lebar.Johan melepaskan pelukan dan mencapai baju yang aku sediakan.

"Abang jom turun breakfast,nanti umi cakap apa pula,lambat sangat turun."kataku apabila melihat Johan sudah besiap-siap.Johan tersenyum lantas mencapai tanganku dan menuntun ku kebawah seperti anak kecil yang baru belajar berjalan.

Thursday, October 14, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-1

Majlis perkhawinan antara aku dan Johan berlangsung dengan meriah.Aku memakai baju kebaya yang di tempat khas dari Indonesia.Terasa aku anggun pada malam itu.Suara saudara riuh rendah dari setiap sudut rumah banglo milik Dato Sheikh Hanafi dan Datin Safiah di pinggir bukit antarabangsa.Di satu sudut berkumpulnya semua sepupu Johan termasuklah Shahrifah Aleysha yang baru sahaja pulang dari Amsterdam dua hari lepas.

"Ally bukan dulu dok syok dengan Johan kah?"serbu Mak Ngah Faridah. "Eh,dok lah.Dulu Ally dengan Jogan rapat gitu ja.Lepas Ally pi belajaq kat negara orang putih tu kami dah tak selalu contact."Balas Aleysha dengan lohgat utara.Keluarga Datin Safiah berasal dari Perak.Aku bejalan mendekati kumpulan itu.Seorang demi seorang aku bersalaman tangan tanda hormat,ada yang memberi pelukan dan ucapan tahniah tapi bukan Aleysha.Entah apa yang dia marahkan aku.Sejak akad nikah semalam sehingga sekarang mukanya masam sahaja.

"Na'am congrats.I tak sangka Johan ada girlfriend sepanjang i study dekat sana."sindir Ally sambil tersenyum pada ku."By the way,jaga Johan elok-elok nanti kena sambar orang."tambah Ally membisikkan kata-kata yang berbisa itu ke telinga ku.Setelah bersalam dengan semua saudara mara,aku masuk ke dalam bilik.Badan ku terasa penat sangat.Inilah orang tua selalu bilang,'Kahwin bukan perkara mudah.'

Aku mencapai tuala untuk membersihkan diri.Setelah mandi ,aku solat isyak.Setelah selesai solat aku mengangkat kedua tangan ku dan berdoa kepada yang maha kuasa.

"Ya allah,aku hamba mu yang hina ini memohon ampun jika aku banyak melakukan kesalahan,dan ya tuhan terima kasih kerana kau telah menjadikan aku isteri kepada lelaki yang sangat ku cintai.dan ya rabbi kau tolongkan jadikan aku isteri yang setia,taat setaat Fatimah Az Zahra kepada suaminya Saidina Ali."


cinta tak bersyarat(part 1)-8

Aku cuba membuka mata perlahan-lahan.Kesakitkan di kepalaku terasa seakan mahu pecah kepalaku.Aku melihat sekeliling.Ini bukan bilikku.Aku melihat di satu sudut ada susuk tubuh seorang lelaki sedang merenung luar tingkap.”Joo han.”ujar ku tersekat-sekat.”Na’am,you dah sedar.Alhamdullilah.”balas Johan sambil meluru ke arahku.”Apa yang terjadi?”tanya ku bingung.”You,accident.Kereta i rempuh kereta you.”balas Johan sambil tersenyum.”Sekali lagi ?”bingung aku.”Ye for the second time.You kemana je?Penat i call you.”balas Johan sambil duduk di tepi katil ku.”Safwan tak marah ke you teman i ni?”sinis ku.”Safwan,i dah halau dia masa dekat KLCC hari tu.Lepas you balik,I tanya dia.Dia kata dia dah bagi tahu dah semua pasal sejarah lama i dekat you.”jelas Johan.”I tak kesah johan if you nak dia.Dia kenal you dulu dari i.”balas ku menahan sebak.

“Tapi hati i dah dicuri dengan gadis malang yang dah accident dua kali pasal i.I nak dia tahu dia lah perempuan yang telah membuka hati i untuk menerima seorang wanita dalam hidup i.I janji akan jaga dia sentiasa.Boleh tak you jadi milik i ?”ujar Johan.Aku tidak dapat menahan sebak lagi.Ya tuhan rupanya Johan sudah berubah dan aku harap perubahan johan kali ini memang berkesan.Dan aku mencintai dia juga tuhan.Johan mengengam tangan ku dan dia mencium tangan ku.Aku membalasnya dengan senyuman.

cinta tak bersyarat(part 1)-7

Sejak hari itu,hubungan aku dengan Johan bertambah baik.Walaupun kereta kesayangan ku sudah siap di baiki tapi Johan tetap berkeras untuk menghantar aku ke pejabat.Sehingga umi ingat johan itu lelaki istimewa dalam hidupku.Namun jauh di sudut hati ku ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya.Tapi satu hari,ku sangka panas sepanjang jalan tapi hujan di tengah hari.Sedang aku menghabiskan masa dengan Johan pada hari minggu di KLCC.Tanpa di dugi Johan telah bertemu teman lamanya ketika belajar di London.Namanya Safwan.Orang yang memang segak.Tapi aku tidak senang dengan pandangan Safwan terhadap ku.

Ketika Safwan mengikut kami makan di Kelantan Delight di KlCC tempoh hari,dia asyik memandang tajam sahaja apabila Johan melayan ku dengan mesra.”Na’am i nak pergi tandas kejap ye berbuallah dengan Safwan dulu.”ujar Johan sambil bangun dari tempat duduknya.”Dah lama kenal Johan?”pertanyaan itu terpancul dari mulut Safwan.”Adalah dalam sebulan dua.”Balas ku.”I ingat Johan masih macam dulu.Rupanya ada juga perasaan dengan perempuan.”Ujar Safwan sinis.”Apa maksud awak ?”tanya ku.”Dulu Johan tu boyfriend i masa dekat London.Dia tu dulu gay and FYI,i nak u tahu i datang balik dalam hidup johan untuk dapatkan johan dari u faham.I still sayangkan dia.Tiba-tiba,dia dah kawan dengan perempuan .”Balas Safwan sambil menunjuk jari terlunjuknya pada ku.

Aku cuba sabarkan diri ini.”Safwan,bagi tahu Johan selamat bahagia dengan you and yeah jangan cari i lagi.”Balas ku sambil bangun dan keluar dari restoran itu.Balik dari KLCC aku terus mandi dan duduk di dalam bilik makan pun tidak.Entah kenapa,terasa diri ini di tipu oleh Johan.Aku saja buat mood silent pada telefon bimbit ku dan meletaknya di dalam beg.Esoknya aku rasakan kepala aku berat sangat untuk bangun.Aku paksa diri untuk bangun.Walaupun tidak berdaya aku memaksa diri ku untuk ke pejabat.Tapi hari ini aku memandu untuk ke pejabat.Sampai di selekoh yang sama seperti mula-mula aku bertemu dengan Johan tanpa melihat kiri kanan aku terus memecut kereta ku.BANNGGGGG !!!

Selepas itu,aku tidak tahu apa yang terjadi kepada diriku.Dunia ku terasa kelam dan suara lelaki teriak memanggil nama ku.