Saturday, October 16, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-3

Kami sampai di ruang makan,rupanya Datin Shahrifah Nadia dan Aleysha telah tiba.Aleysha terus mencebek mukanya apabila melihat aku."Morning pengantin baru,lambat bangun Johan?"tegur Abang Long ataupun Sheikh Daniel."Alah along sekali-sekala."balas Johan sambil menarik kerusi untuk aku duduk.Aku duduk berhadapan Aleysha."Ohh,Johan i nak sangat tanyan soalan ni tapi tak ada kesempatan nak tanya pulak.Macam mana you boleh suka dengan Na'am?"tiba-tiba Aleysha mencelah."Sejak kereta i tercium kereta dia,dan Na'am marah i.Sejak tu hati i dah terpaut."jelas Johan sambil meramas-ramas tanganku.AKu tertunduk malu."Ishh alang ni kan malu Kak Na'a tahu tak.Jom makanlah melayan alang ni sampai esok kita tak makan."ujar Juliana menyelamatkan keadaan.

"Johan hari ni apa plan kamu berdua?"tanya Dato Hanafi tiba-tiba."Johan ingat nak ajak Na'am pergi beli barang dapur sikit untuk rumah kami.Perabot semua Johan dan selesaikan cuma barang dapur Johan tak beli lagi."Jelas Johan.Aku terkesima,Johan dan beli rumah untuk kami berdua?Aku memandang Johan mencari jawapan."Wah,untunglah you Na'am,kahwin-kahwin terus dah ada rumah siap dengan perabot lagi.Masuk cuci kaki jelah kan."Aleysha bersuara seperti tidak puas hati."Yelah kak Safiah,untung Na'am,tapi Na'am ingat orang dah bagi betis jangan nakkan peha pula."aku terpukul dengan kata-kata Datin Shahrifah Nadia.Semua mata tertumpu kepada beliau.

"Ehh Dia,Johan yang beria-ia nak belikan Na'am rumah.Na'am pun tak tahu,betulkan Na'am?"kata umi menyebelahi ku."Tak delah kak Fiah,Dia cuma cakap je."balas Datin Shahrifah Nadia sambil mengeling kearah ku."Uncle ada tak jawatan kosong dekat Gemilang Holdings?Aleysha ingat nak kerja dekat situ jelah."Kata Aleysha."Hmm nanti uncle serahkan semua dekat Johan Aleysha tanya je Johan.Aleysha ambil architet kan?"ujar Dato Sheikh Hanafi.Aleysha mengangguk."Na'am tak nak berpindah ke Gemilang Holdings?Lagi pun kami masih perlukan setiausaha baru untuk Johan.Kerana setiausahanya,Mira telah meletakkan jawatan."Dato Hanafi memberiku peluang. "Aleysha boleh jadi setiausaha tu uncle,If uncle don't mind."belum sempat aku bersetuju aleysha telah terlebih dahulu menyerah diri. "hmm uncle serahkan semua dekat Johan okay aleysha biar dia buat keputusan."balas Dato Sheikh Hanafi tegas.



Setelah sarapan,aku menolong Mak Liah di dapur bersama umi,Datin Shahrifah Nadia dan Aleysha lebih senang di ruang tamu bersembang dengan along dan kak ngah."Na'am jangan terasalah dengan ada Cik Dia cakap tadi tu,mulut dia memang main lepas je cakap."pujuk Umi."Ehh ibu Na'am tak terasa pun."dalih ku sambil tersenyum.Setelah siap berkemas di dapur,aku dan umi bergerak ke ruang tamu.Mata ku terus tertumpu pada suami ku yang duduk bersebelahan dengan Aleysha.Aku juga memandang ke Aleysha dia tersenyum bangga apabila muka ku berubah melihat keadaan itu.

"Hah Jo cakap nak bawa Na'am pergi beli barang dapur pergilah,nanti dah tengah hari sangat."sergah Umi tiba-tiba.Aku tahu umi juga tidak senang dengan kelakuan Aleysha. "Johan Ally ikut boleh tak?"ujar Aleysha tiba-tiba tanpa rasa segan silu."Ehh biarkan mereka dating berdualah Ally,jom kita sembang-sembang.Dah lamakan kita tak sembang-sembang."kak ngah menyelamatkan keadaan.Aku tersenyum dan kak ngah mengeyit mata kepada ku.Johan terus menarik tangan ku dan bergerak naik ke bilik.




No comments:

Post a Comment