Thursday, October 14, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-1

Majlis perkhawinan antara aku dan Johan berlangsung dengan meriah.Aku memakai baju kebaya yang di tempat khas dari Indonesia.Terasa aku anggun pada malam itu.Suara saudara riuh rendah dari setiap sudut rumah banglo milik Dato Sheikh Hanafi dan Datin Safiah di pinggir bukit antarabangsa.Di satu sudut berkumpulnya semua sepupu Johan termasuklah Shahrifah Aleysha yang baru sahaja pulang dari Amsterdam dua hari lepas.

"Ally bukan dulu dok syok dengan Johan kah?"serbu Mak Ngah Faridah. "Eh,dok lah.Dulu Ally dengan Jogan rapat gitu ja.Lepas Ally pi belajaq kat negara orang putih tu kami dah tak selalu contact."Balas Aleysha dengan lohgat utara.Keluarga Datin Safiah berasal dari Perak.Aku bejalan mendekati kumpulan itu.Seorang demi seorang aku bersalaman tangan tanda hormat,ada yang memberi pelukan dan ucapan tahniah tapi bukan Aleysha.Entah apa yang dia marahkan aku.Sejak akad nikah semalam sehingga sekarang mukanya masam sahaja.

"Na'am congrats.I tak sangka Johan ada girlfriend sepanjang i study dekat sana."sindir Ally sambil tersenyum pada ku."By the way,jaga Johan elok-elok nanti kena sambar orang."tambah Ally membisikkan kata-kata yang berbisa itu ke telinga ku.Setelah bersalam dengan semua saudara mara,aku masuk ke dalam bilik.Badan ku terasa penat sangat.Inilah orang tua selalu bilang,'Kahwin bukan perkara mudah.'

Aku mencapai tuala untuk membersihkan diri.Setelah mandi ,aku solat isyak.Setelah selesai solat aku mengangkat kedua tangan ku dan berdoa kepada yang maha kuasa.

"Ya allah,aku hamba mu yang hina ini memohon ampun jika aku banyak melakukan kesalahan,dan ya tuhan terima kasih kerana kau telah menjadikan aku isteri kepada lelaki yang sangat ku cintai.dan ya rabbi kau tolongkan jadikan aku isteri yang setia,taat setaat Fatimah Az Zahra kepada suaminya Saidina Ali."


No comments:

Post a Comment