Friday, October 15, 2010

cinta tak bersyarat(part 2)-2

Johan menguak pintu kamar perlahan-lahan,bau aroma terapi dan mawar putih menusuk ke dalam hidung."Assalamualaikum sayang."ujar Johan."Waalaikumussalam,eh abang.Pergi mandilah dah macam laksamana hang tuah yang dah tak mandi 10 tahun dah gayanya."rugut ku.Johan tersenyum dan jalan mendekatiku.Apalah yang dia fikirkan ni.Aku kurang selesa dengan pergerakkannya.Matanya tepat memandangku.Aku melangkah kebelakang setapak."Abang pergi mandi dulu ok.Cepat bau dah macam kambing."tekan ku lagi.

Johan semakin mendekat,akhirnya aku tersandar ke dinding,sekarang yang memisahkan aku dengan Johan cuma satu langkah.Johan mendekatkan mukanya kepadaku,"Abang nak ambil towel jelah."usik johan sambil mencapai tuala di tempat penyidai di sebelahku.Johan masuk ke dalam bilik mandi dengan ketawa.

Setelah hampir 20 minit di dalam bilik mandi Johan keluar dengan bertuala sahaja di badan.Kerana tidak biasa dengan keadaan itu aku dengan secara automatiknya aku menutup mataku. "Dengan suami sendiri pun nak malu ya sayang."ujar Johan perlahan-lahan. "Malulah mana pernah Na'am tengok lelaki dalam keadaan macam ni."balas ku."Alah,kena biasakanlah."usik JOhan lagi. "Abang cepatlah pakai baju tu."rungut ku. "Yelah yelah,dah dah bukak mata tu,abang dah lama pakai seluar ni.Sayang je masih tutup mata."kata Johan sambil mengusap-usap pipi ku.

Malam itu merangkak dengan rahsianya sendiri.

Esok paginya,aku terjaga setelah mendengar azan subuh berkumandang.Aku lihat Johan di sebelah masik nyenyak tidur.Aku amati wajah suami ku itu.Muka putih,matanya yang sepet sedikit seperti pelakon drama korea Kim Hyun Jung,bibirnya kemerah-merahan dan lesung pipitnya itu membuat ku tertawan.Aku mengucup dahi suami ku dan terus mandi dan solat subuh.Setelah selesai solat subuh aku terus turun ke bawah.

Di dapur Mak Liah kelihatan sibuk menyediakan sarapan pagi untuk kami semua."Mak liah,ada yang Na'am bantu?"sapa ku."Eh,pengantin baru.Inai masih merah tak payah tolong apa-apa."usik Mak Liah.Aku tersenyum.Memang tidak ku nafikan keluarga Dato Sheikh Hanafi ini sangat baik dan menerimaku apa adanya."Banyak masak hari ni Mak Liah?"tanya ku cuba beramah mesra dengan pembantu rumah itu. "Hari ni semua anak Dato hari ini ada dekat rumah ni.Kejap lagi Datin Shahrifah Nadia datang dengan Aleysha."jelas Mak Liah.Mendengar nama Aleysha terus mood ku hilang buat seketika.

"Selamat pagi semua.Menantu umi pun ada?"tiba-tiba Datin Safiah datang dari ruang tamu."Selamat pagi umi."segera aku mencapai tangan umi dan mengucup tanda hormat."Mak liah masak macam apa yang saya pesan?"tanya Datin Safiah."Sudah Datin,cuma nak bawa ke ruang makan je."jelas mak liah lagi."Mari Na'am tolong."ujar ku ,sambil mengangkat dulang mee hun.Di ruang tamu,anak-anak buah ku senang berlari kesana kemari."Mak lang mak lang."teriak Sheikh Naim. "Ye sayang,nak apa?"balas ku sebelum aku naik ke bilik untuk mengejut suami ku untuk bangun."Naim laparlah breakfast dah ready?"rungut si kecil berusia 7 tahun itu."Sudah sayang,dah jangan kacau mak lang."kata Kak Ngah atau Shahrifah Sofea kakak kepada Johan.Aku tersenyum sambil berlalu naik ke atas untuk memanggil Johan.

Aku membuka pintu perlahan-lahan,kedengaran Johan sedang mandi.Bangun juga suamiku.Aku menyediakan pakaian untuk Johan dan meletakkannya di atas katil sementara itu aku mengemas katil.Johan keluar dari bilik mandi dan terus mendapatkan aku.Dia memelukku dari belakang."Good morning love,kenapa tinggal i sorang-sorang?best sangat ke join umi dekat bawah tu?"rajuk Johan."Abang ni,kan Na'am dah jadi menantu dalam rumah ni.Na'am still kena jalankan tugas sebagai menantu,walaupun tak tolong sedikit sebanyak sikit-sikit tu Na'am masih bisa tolong."jelas ku panjang lebar.Johan melepaskan pelukan dan mencapai baju yang aku sediakan.

"Abang jom turun breakfast,nanti umi cakap apa pula,lambat sangat turun."kataku apabila melihat Johan sudah besiap-siap.Johan tersenyum lantas mencapai tanganku dan menuntun ku kebawah seperti anak kecil yang baru belajar berjalan.

No comments:

Post a Comment